Pekerja butik terkemuka dedah tempat pelanggan sorok tanda harga dan ‘tag’ sekuriti lepas curi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pekerja butik terkemuka dedah tempat pelanggan sorok tanda harga dan ‘tag’ sekuriti lepas curi. Tindakan pembeli yang sanggup menanggalkan tanda harga dan tag sekuriti keselamatan pakaian kerana tidak mahu membayar, didedahkan oleh seorang pekerja butik terkemuka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_zarulelfy, kelihatan pekerja berkenaan menjumpai tanda harga dan beberapa tanda sekuriti keselamatan di celah-celah penyangkut baju di beberapa bilik persalinan.

“Cara baru barang kena curi dalam bilik persalinan. Laju je pelanggan buat kerja,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sehingga kini video tersebut mendapat 2.1 juta tontonan, 62,000 tanda suka dan 1,870 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati cara yang dilakukan itu bukanlah taktik terbaharu malah beberapa kali pernah dihadapi oleh pekerja di butik pakaian lain.

Pekerja butik terkemuka dedah tempat pelanggan sorok tanda harga dan 'tag' sekuriti lepas curi

“Ada baju yang tiada ‘hard tag’ (tanda sekuriti keselamatan) jadi mereka hanya cabut tanda harga untuk elak dikesan ketika keluar kedai. Ada juga yang beli ‘tag remover’,” komen Alip.

“Kadang-kadang mereka koyakkan hujung langsir dan sumbat dalan ‘sensor tag’. Ada juga yang koyakkan bawah kerusi, ini berdasarkan pengalaman saya,” komen Siti.

“Itu bukan cara baru. Itulah cara lama saya kerja sebagai ‘promoter’ dulu. Banyak sangat pencuri buat macam itu sampaikan barang ‘short’ habis,” komen seorang pengguna yang lain.

BACA:
Anak saudara tak tau malu, bawa satu keluarga datang rumah perhambakan ‘owner’
Pekerja terkejut jumpa spender wanita masa kemas-kemas, minta individu tampil ‘tunjuk muka’
Pekerja sambilan diganggu entiti masa bersih tandas, siap toleh tunjuk muka masa kena intai

Leave a Comment