TerasMalaysia

Pekerja farmasi tecengang tengok pelanggan tiba-tiba tunjuk ‘anu’ sebab nak beli ubat

Pekerja farmasi tecengang tengok pelanggan tiba-tiba tunjuk ‘anu’ sebab nak beli ubat. Pekerja farmasi wanita berdepan dengan detik cemas apabila didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba menunjukkan kemaluannya di dalam sebuah farmasi, Selasa lalu.

Melalui video tular yang dimuat naik di laman Facebook Kes Viral Apa Hari Ini pada Khamis, kelihatan lelaki berpakaian serba hitam itu bertanya sesuatu kepada kakitangan farmasi tersebut di kaunter premis berkenaan.

Suspek yang turut memakai pelitup muka kemudiannya secara tiba-tiba membuka seluar dan menunjukan sesuatu di punggungnya.

Tindakannya itu menyebabkan pekerja farmasi berkenaan menjauhkan diri dari kaunter, namun dilihat masih tenang melayan suspek.

Mangsa turut meletakan sesuatu di atas kaunter dipercayai ubat yang diminta suspek.

Pekerja farmasi tecengang tengok pelanggan tiba tiba tunjuk anu sebab nak beli ubat

Keadaan menjadi lebih menakutkan apabila suspek mula memegang dan menunjukkan kemaluannya ke arah mangsa.

Melalui maklumat yang dikongsikan dalam ruangan komen, seorang pengguna Facebook, AmirRr memaklumkan suspek beredar daripada farmasi tersebut selepas pekerja berkenaan memberitahu suspek polis dalam perjalanan ke premis berkenaan.

“Dengar cerita dia lari selepas pekerja kat situ bagi tahu polis nak datang. Gila betul orang sekarang tunjuk ‘bebird’ (kemaluan) di khalayak ramai,” tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan kenapa suspek bertindak sedemikian dan belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa.

Videonya tekan sini

BACA:
Tak sangka 5 muzium ini mempamerkan bahan artifak yang sangat pelik, number 2 tu untuk orang-orang sedih
Sarawak perkenal aplikasi ‘real time’ untuk pantau kehadiran buaya, siap boleh ‘detect’ kawasan bahaya
Makanan yang dihidangkan dalam pesawat selalunya tawar dan kurang sedap, ini rupanya punca

Leave a Comment