Pekerja kedai nasi kandar terkenal hanya berseluar dalam di dapur premis, sempat senyum ketika dirakam pelanggan. Baru-baru ini, tular di media sosial video yang dirakam oleh pelanggan kedai nasi kandar terkenal di sekitar Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Video tersebut memaparkan seorang pekerja lelaki hanya memakai seluar dalam ketika berada di kawasan dapur premis.
Pekerja hanya pakai seluar dalam
Menurut portal lain, pada ketika itu pekerja berkenaan sedang duduk dan badannya menghadap ke luar dapur sebelum menyedari penampilannya yang tidak sopan itu dirakam oleh pelanggan kedai tersebut.
Dia yang hanya memakai seluar dalam kelihatan terpinga-pinga apabila pelanggan itu menegur dari jauh. Menyedari hal itu, dia terus bangun sambil membetulkan seluar dalam dan beredar dari tempat itu.
Tidak lama kemudian, dua orang pekerja lain di kedai nasi kandar tersebut masuk ke kawasan dapur sambil membawa beberapa bekas di atas troli. Mereka dilihat tertanya-tanya akan perkara yang terjadi.

Datang balik, menyorok dekat tepi pintu
Kesal dengan tahap kebersihan kedai itu, pelanggan tersebut berkata dia mahu melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Mungkin pekerja tersebut tidak mahu memanjangkan cerita, dia hanya tersenyum kepada pelanggan itu.
Dalam masa yang sama, lelaki yang berseluar dalam terbabit kembali semula ke tempat tadi dan menyembunyikan separuh badannya di tepi pintu dapur kedai makan tersebut.
Video yang berdurasi 22 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mereka meluahkan rasa kesal dan marah dengan tahap kebersihan kedai nasi kandar terbabit.