Kantoi Pekerja Syarikat Kurier Campak Barang Pelanggan

Kantoi! Pekerja Syarikat Kurier Campak Barang Pelanggan

Rata-rata masyarakat kini memilih untuk membeli belah secara atas talian. Kerana ia lebih menjimatkan masa dan tenaga pembeli malah ia dikatakan lebih murah jika dibandingkan membeli belah di pasaraya atau dikedai-kedai.

Maka disebabkan itu pelbagai syarikat kurier telah diwujudkan. Dalam pada itu, meskipun kerap lagi tular, masih terdapat lagi segelintir pekerja syarikat kurier yang seolah tidak sensitif dengan barangan pelanggan.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian video daripada laman Facebook We Are Malaysians mendedahkan bagaimana pekerja daripada sebuah syarikat kurier ini ‘mengendalikan’ barangan pelanggan dengan sesuka hati.

Video yang tular tersebut sekaligus membuat para netizen khususnya pelanggan yang menerima daripada syarikat kurier ini berasa marah. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan barangannya pecah sebelum ini menerusi penghantaran syarikat kurier ini.

Orang ramai mengharapkan agar syarikat ini mengambil tindakan terhadap segelintir pekerja mereka yang tidak ikhlas dalam menguruskan barangan pelanggan. Tidak kurang juga yang mengharapkan agar situasi ini tidak lagi berlaku khususnya melibatkan pekerja kurier meskipun daripada syarikat lain.

Sumber

Tular Video Budak Main Tekan Pesanan Mcd Macam Main ‘Game’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *