Pekerja terkejut jumpa spender wanita masa kemas-kemas, minta individu tampil ‘tunjuk muka’
Tular satu perkongsian di Tiktok dari seorang pengguna menunjukkan ada individu yang meninggalkan seluar dalam mereka di dalam pawagam.
“Sila tuntut seluar dalam siapa ni,” tulis seorang lelaki menerusi satu perkongsian di TikTok.
Individu berkenaan turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan sehelai seluar dalam putih yang tercicir di bawah tempat duduk di sebuah pawagam.
Kelihatan seorang pekerja pembersihan bersama penyapu dan penyodok berdiri berhampiran seluar dalam berkenaan.
Pengguna akaun TikTok itu turut mengambarkan bentuk badan pemiliknya berdasarkan saiz seluar dalam yang ditemui.
“Pasti orangnya gemuk,” katanya tanpa mendedahkan bila dan lokasi pakaian dalam itu ditemui.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan seluar dalam di dalam pawagam kerana kebiasaannya hanya sampah-sarap biasa yang ditemui.
Mereka menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucu.
“Apa sudah jadi dengan dunia hari ini? Dulu orang tinggalkan botol minuman atau bekas pop corn, tapi sekarang orang tinggalkan seluar dalam. Trend baharu ni.
“Salah bawa tu. Dia bikin lap air mata girlfriend dia. Sekali perasan spender bukan sapu tangan.
Malah, mereka turut mengaitkan penemuan seluar dalam itu dengan perbuatan tidak senonoh di dalam pawagam.
“Sini pun orang boleh buat kerja (perbuatan sumbang).
“Biasalah gelap… apa apa pun boleh jadi.
“Adoi, ni tengok filem ke buat filem,” komen netizen.
Dalam pada itu, netizen turut mencadangkan supaya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperiksa bagi menjejaki pemilik seluar dalam berkenaan.
“Daripada bakar, baik play CCTV je. Mesti tahu siapa punya,” kata seorang netizen.