TerasMalaysia

Pekerja wanita diugut majikan sendiri, paksa ‘staycation’ bersama syarat untuk sambung kontrak bekerja

Pekerja wanita diugut majikan sendiri, paksa ‘staycation’ bersama syarat untuk sambung kontrak bekerja. Gangguan seksual dalam kalangan pekerja bukanlah sesuatu yang baru berlaku di mana-mana syarikat. Memanggil dengan panggilan manja, menyentuh tanpa izin dan membuat gangguan adalah antara contoh gangguan seksual yang sering dilaporkan oleh pekerja wanita.

Seorang majikan di sebuah syarikat di Cikarang, Jawa Barat dipecat selepas dia didakwa mengugut pekerja wanita untuk cuti inap (staycation) bersama-sama sebagai syarat untuk menyambung kontrak kerja mereka.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Tenaga Kerja dan Transmigrasi Jawa Barat, Rachmat Taufik Garsadi dalam satu kenyataan. Menurut sumber, lelaki tersebut telah diberhentikan tugas sementara sehingga siasatan lanjut dijalankan.

Pekerja wanita diugut majikan sendiri paksa staycation bersama syarat untuk sambung kontrak bekerja

Jelas Rachmat dalam satu kenyataan yang sama, pihaknya menyokong usaha penguatkuasaan undang-undang terhadap individu yang melakukan gangguan seksual di tempat kerja.

Sambungnya lagi, ia selaras dengan arahan kerajaan yang mahu pelaku gangguan seksual dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Kata Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dalam satu kenyataan, dia menghargai tindakan pantas pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Dia juga berharap pelaku seksual di pejabat dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

BACA:

’Influencer’ ini sanggup habis berpuluh ribu buat pembedahan plastik mata seperti kucing

Gara-gara tak faham bahasa inggeris, wanita ini terpaksa bayar RM50 untuk satu pesanan air

Rupanya ada kisah dan rahsia disebalik kejayaan A&W yang ramai tak tahu, masih digunakan sampai sekarang

Leave a Comment