Pekin Ibrahim pukul tukang buat air, intai dan rakam pelakon tambahan wanita, sempat padam dan ajak solat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pekin Ibrahim pukul tukang buat air, intai dan rakam pelakon tambahan wanita, sempat padam dan ajak solat.

Pekin Ibrahim pukul kru produksi? Alamak, sebab apa pula tu?

Ya itulah pendedahan yang dibuat pelakon, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan “Pekin” Ibrahim selepas menangkap salah seorang kru produksi ketika penggambaran filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ beberapa tahun yang lalu.

‘Skodeng pelakon perempuan’

Ketika ditemui OhBulan!, pelakon berusia 41 tahun itu berkata, sebab dirinya memukul kru produksi tersebut adalah kerana individu berkenaan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya iaitu mengintai salah seorang pelakon tambahan bagi filem itu.

Saya tumbuk seorang kru produksi sebab dia mengintai pelakon tambahan bagi filem ini. Saya memang bantai budak tu.

Pekin Ibrahim pukul tukang buat air, intai dan rakam pelakon tambahan wanita, sempat padam dan ajak solat

Yang bestnya bila kita nak tangkap dia tu, dia buat-buat solat. Dia siap ajak, ‘Bang solat bang?’ Kepala hotak dia nak solat kan?

Tak silap saya dia tukang buat air, dia kantoi mengintai dan rakam pelakon tambahan tu. Saya telefon pengarah dan beritahu mengenai hal ini tapi sebelum tu memang saya pukul dia dulu.

Sepanjang saya berlakon ni, terus terang saya cakap saya tak pernah pukul orang tapi itulah pertama kali saya memukul orang. Kemudiannya sebab saya je yang ada di tempat kejadian waktu itu.

Ketika ditanya mengenai kejadian tersebut? Pelakon filem ‘Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’ itu memaklumkan bahawa mangsa yang diintai menghubungi pembantu peribadi Pekin yang dikenali sebagai Botak dan meminta pertolongan selepas mendakwa kru tersebut mengintainya.

Mangsa menghubungi Botak beritahu yang kru produksi tu ada di rumah yang disediakan untuk pelakon wanita. Dan ketika kejadian yang ada cuma pelakon dan kru tersebut sahaja.

Yang peliknya, kru tu daripada set yang agak jauh pergi ke rumah tu sebab katanya nak tumpang solat sedangkan rumah lelaki pun ada disediakan pihak produksi.

Jadi bila sampai tu saya tanya dia buat apa di sini. Dia kata nak solat dan siap ajak tapi saya bagi dia solat dulu. Lepas je dia habis solat, saya minta telefon dia tapi dia tak nak bagi.

Saya perasan yang dia macam nak padam sesuatu dari dalam telefon dia, lepas itu memang dia kena lah dengan saya dan terus buat laporan polis.

Pekin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang diadakan di TGV Aeon AU2, Keramat pada Jumaat malam.

Penjara 3 hari

Sementara itu, pengarah filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’, Haizul Anafer Ali turut berkongsi mengenai kejadian itu kepada OhBulan! Menurut Haizul kru produksi tersebut kemudiannya ditahan reman selama tiga hari oleh pihak polis sebelum dihantar pulang ke Kuala Lumpur.

Itu satu perkara yang tidak patut dilakukan kru tersebut. Kalau betul suka bagitahu kan? Tak perlu nak berbuat demikian.

Memang dipukul budak tu dan telah dimasukkan dalam penjara selama tiga hari. Kami pun tak bagi dia keluar sebab takut dia akan apa-apakan kita pula lepas itu.

Selepas tiga hari pihak polis terus hantar kru tersebut ke Kuala Lumpur dan dia diberhentikan serta-merta.

Filem Cerana Biduk Bu Merah

Cerana Biduk Bu Merah merupakan filem bergenre seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Encik Haizul Anafer Ali. Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Pekin Ibrahim dan Badrul Muhayat.

Anda mula menonton filem ini di pawagam terdekat anda bermula pada 12 Oktober 2023 nanti.

BACA:
Lelaki hilang lepas COD Iphone di Pulau Pinang, sempat video call tunang minta tolong sambil berlari cari jalan keluar
“Ingat dalam filem je, tak sangka realiti pun ada” – Lelaki pura-pura rebah akibat sakit jantung tipu 20 restoran
Warganegara China buat perangai di KLCC, menyamar jadi wanita muslim untuk mengemis, siap pakai niqab dan berjubah

Leave a Comment