TerasMalaysia

Pelajar Kena Bilah Kipas Tular! Netizen Puji Kelakuan Pelajar Ini

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelajar Kena Bilah Kipas Tular! Netizen Puji Kelakuan Pelajar Ini

Tular sebuah video menunjukkan seorang pelajar berdepan dengan detik cemas apabila kepalanya terkena kipas ketika sedang naik ke atas katil jenis dua tingkat.

Menerusi hantaran di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Nrizaaa berkongsi momen cemas apabila melihat rakan serumahnya berlumurah darah dan terbaring di atas lantai gara-gara terjatuh dari katil dua tingkat.

Menurutnya, rakannya itu terkena bilah kipas pada pukul 1.02 pagi.

Sebelum kejadian, dia sempat lalu di hadapan bilik dan melihat rakannya yang dikenali sebagai Yaya sedang tekun menyiapkan tuntutan kerja di atas katil.

Terkejut dengan kejadian itu, dia dan rakan serumah yang lain bertindak mengangkat kepala gadis berkenaan dan membalutnya dengan kain tudung.

Disaat kepala sedang berdarah, rakannya sempat memikirkan tugasan kerja yang masih banyak perlu diselesaikan.

Walau bagaimanapun, doktor mengesahkan luka terbabit tidak terkena pada artieri dan perlu menerima enam jahitan kerana mengalami keretakan pada kepalanya.

Bercerita mengenai detik cemas, pelajar berkenaan menceritakan pada ketika itu dia sedang berdiri dan berfikiran kedudukannya masih jauh daripada bilah kipas.

Zahid Kata Dr M Tanam Kebencian Kepada DAP Dalam UMNO?

Leave a Comment