TerasMalaysia

Pelajar tahfiz dicium dan dipaksa hisap kemaluan mudir, siap suruh urut sebelum mula

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelajar tahfiz dicium dan dipaksa hisap kemaluan mudir, siap suruh urut sebelum mula. Dua lelaki warga Singapura yang juga mudir dan warden asrama pusat tahfiz di Melaka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual fizikal dan penderaan kanak-kanak.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, penahanan kedua-dua suspek susulan pihaknya menerima enam laporan dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz berkenaan, berumur antara 13 hingga 15 tahun, semalam.

Beliau berkata, kejadian dikatakan berlaku di pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah serta di sebuah kondominium di Klebang.

Pelajar tahfiz dicium dan dipaksa hisap kemaluan mudir, siap suruh urut sebelum mula

“Dalam kes ini, tiga pelajar telah dicium, disuruh menghisap kemaluan dan juga disuruh mengurut kemaluan oleh mudir yang juga suspek pertama, manakala tiga lagi pelajar telah didera secara fizikal dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh warden asrama (suspek kedua).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.

“Manakala, bagi kesalahan di bawah Seksyen 31 (1) (a) pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zainol, suspek yang masing-masing berumur 40 dan 36 tahun merupakan adik-beradik.

BACA:

”Tempat macam ni pun jadi” – Pasangan remaja ‘kantoi’ berduaan dekat kubur

”Terima kasih ya Allah aku sudah bercerai” – Tular video wanita melonjak suka lepas dijatuhkan talak

Leave a Comment