Pelajar tercengang lepas pasang ‘screen protector’ dekat Petaling Street, harga boleh dapat sebiji telefon baru
Baru-baru ini seorang pelajar dikenali sebagai Ching didatangi seorang jurujual yang memujuknya untuk membeli screen protector dan phone case pada harga RM25 sahaja. Ching bersetuju kerana telefonnya memerlukan screen protector baharu.
Kejadian tersebut terjadi pada petang Ahad (26 Februari) ketika wanita tersebut sedang berjalan-jalan sendirian di Petaling Street, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, tiba-tiba seorang jurujual menegur dirinya untuk menukar screen protector yang berharga hanya RM25 termasuk phone case.
Pada awalnya, dia menolak promosi yang diberikan itu, namun memikirkan kembali keadaan screen protector telefon miliknya yang harus ditukar, dia akhirnya bersetuju dan mengikut jurujual terbabit ke kedai.
Kemudian jurujual meminta kad pengenalannya secara tiba-tiba.
“Dia berkata dia perlu mendaftarkan insurans untuk screen protector dengan IC saya, dan saya boleh menuntut daripada insurans jika screen protector saya rosak,” kata Ching.
Pelajar itu beranggapan bahawa insurans itu sama dengan waranti, Ching bersetuju selepas memastikan ‘tiada caj tambahan’ akan dikenakan. Apabila proses itu diselesaikan, jurujual mengklik pada skrin komputer dan menunjukkan harganya penuh adalah RM2,124.
Di mana RM2099 untuk insuran dan RM25 pula untuk screen protector serta phone case.
Terkejut dengan harga yang tertera, Ching meminta penjelasan lanjut dan jurjual terbabit berulang-ulang kali menegaskan dia ingatkan pelajar itu tahu RM2,099 untuk insuran dan transaksi itu sudah tidak boleh dibatalkan kerana ia sudah didaftarkan dalam sistem komputer.
Memandangkan ketika itu Ching hanya mempunyai RM1,700 sahaja di dalam akaun bank, dia membayar sahaja RM1,575 dan beranggapan harga insuran untuk screen protector yang baharu dibelinya itu adalah murah.

Bagaimanapun apabila pulang ke rumah dan bercakap dengan rakan-rakannya mengenai perihal tersebut. Ching mendapati tiada resit diberikan untuk transaksi tersebut memandangkan dia membayar RM1,575 secara tunai.
Ching memutuskan untuk membuat laporan polis berikutan cadangan netizen, serta mangsa kes serupa di tempat yang sama.
Bagaimanapun, wanita itu akhirnya pergi membuat laporan polis kerana menjadi mangsa penipuan selepas dinasihati oleh para pengguna Facebook.
Wanita itu pergi membuat laporan polis bersama seorang wakil daripada pejabat DAP Bukit Bintang.
Susulan laporan yang dibuat itu, pemilik kedai telefon berkenaan akhirnya memulangkan kembali wang tersebut kepada pelajar itu.
Ching jugak mengingatkan semua orang supaya sentiasa memberi perhatian, berhati-hati dengan jurujual yang ‘manis mulut’. Pada masa sama lebih baik untuk merakamnya sepanjang berada di kawasan kedai berkenaan untuk dijadikan bukti jika berlaku apa-apa.
Baca : Sekali tengok ingat rumah orang, tak sangka hartawan ni habis berjuta ‘setup’ untuk kucing tersayang