Pelajar terharu dapat kasut baru hasil kutipan dana rakan sekelasnya sendiri
Seorang pelajar sekolah menengah menerima kejutan yang menggembirakan daripada rakan sekelasnya apabila mereka memutuskan untuk membelikannya sepasang kasut baharu.
Dalam video TikTok yang dirakam oleh salah seorang rakan sekelasnya, @rfirzl_, pelajar itu dilihat telah memakai sepasang kasut usang dan telah koyak.
Oleh yang demikian, mereka bersepakat untuk membuat kutipan bagi membeli kasut baharu untuk rakannya itu dengan jumlah kutipan sebanyak IDR217,000 (RM63).
Ada di antara rakan kelasnya yang memberikan wang di antara IDR2,000 (RM0.50) dan IDR50,000 (RM15). Setelah kutipan mencapai sasaran, nereka telah memblikasut baharu dan meletakkannya di bawah meja rakan sekelasnya itu.
Dengan senyuman manis, rakannya itu menerima hadiah tersebut walaupun terkejut dengan penghargaan yang diberikan oleh rakan-rakan sekelasnya itu.
Apabila menerima kasut baharu itu, semua rakan-rakan sekelas telah berkumpul bagi melihat reaksinya.
Menerusi komen dari netizen, ramai yang memuji tindakan rakan-rakannya ini. Walaupun masih belum mempunyai pendapatan, namun mereka sangat prihatin dengan rakan yang lain dan sanggup memberi wang tabungan mereka.