TerasMalaysia

Pelajar terkejut jumpa kepala tikus dalam nasi yang dijamah, mati-mati pihak kantin kata leher itik

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelajar terkejut jumpa kepala tikus dalam nasi yang dijamah, mati-mati pihak kantin kata leher itik. Seorang pelajar di China menemui seketul daging berbentuk seakan kepala tikus ketika menikmati hidangan yang dibelinya dari sebuah kafeteria, lapor laman berita Mothership semalam.

Akhbar Shanghai Daily melaporkan, ketulan berwarna hitam, berbulu dan bergigi itu ditemui pada 1 Jun lalu di kafeteria Kolej Politeknik Industri Jiangxi di Nanchang.

Kepala tikus itu ditemui di celah nasi dan potongan kacang panjang.

Pelajar lelaki itu kemudian membuat aduan kepada kakitangan kafeteria.

Pelajar terkejut jumpa kepala tikus dalam nasi yang dijamah, mati-mati pihak kantin kata leher itik

Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa objek yang tidak dapat dikenal pasti itu merupakan daging itik.

Pelajar itu kemudian memuat naik video penemuan kepala tikus itu di media sosial dan ia mencetuskan bantahan orang ramai.

Pada 3 Jun lalu, pihak pentadbiran mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ‘pemeriksaan dan perbandingan berulang kali’, mereka mendapati ketulan itu merupakan leher itik.

Kenyataan itu mencetuskan perdebatan sengit di mana netizen mempertahankan bahawa ia merupakan kepala tikus.

Susulan kejadian tersebut, kafeteria itu kurang menerima pelanggan selepas pelajar lebih memilih untuk memesan makanan dari luar kolej.

BACA:
Lelaki ini diberhentikan majikan gara-gara selalu hilang dan duduk dalam tandas terlalu lama
Isu mengandung anak orang – Ismail Izzani tak teragak saman penyebar yang menabur fitnah
Wanita diperkosa jin ketika sedang menyusukan anak, ditampar dan diugut kalau tak ‘layan’ nafsunya

Leave a Comment