Pelajar universiti perhambakan diri kerana duit, sanggup jual tubuh dan relakan badan ‘diratah’ lelaki

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelajar universiti perhambakan diri kerana duit, sanggup jual tubuh dan relakan badan ‘diratah’ lelaki. Tular sepotong video di laman Twitter mengenai pengakuan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Tisya berkongsi kisah hidupnya yang terjebak dengan dunia Dark Side (DS).

Terdesak perlukan duit

Menurut Tisya, dia mula terjebak dengan dunia DS sewaktu melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan beberapa tahun yang lalu.

Kata Tisya, disebabkan terlalu terdesak untuk menggunakan wang ketika itu, dia mula terperdaya dengan ajakan rakannya yang meminta dia menjual gambar lucah.

Saya berusia 25 tahun dan berasal dari Shah Alam. Saya pernah buat DS (Dark Side) akaun. Semua yang ada dalam DS akaun adalah explicit content (konten lucah & bahaya).

Pelajar universiti perhambakan diri kerana duit, sanggup jual tubuh dan relakan badan 'diratah' lelaki

Saya wujudkan DS akaun sewaktu sedang melanjutkan pelajaran. Ketika itu saya sangat terdesak perlukan duit. Maklumlah, nama pun pelajar, banyak benda yang perlukan duit.

Ia terjadi selepas salah seorang daripada kawan saya beritahu. Dia kata saya ini cantik dan lawa, why not jual gambar saya kemudian akan dapat beratus-ratus ringgit.

Tambah Tisya lagi, lama-kelamaan dirinya mula ketagih dengan aktiviti tersebut lalu terdetik untuk menjual video tubuh badannya pula.

Lepas itu lama kelamaaan saya menjadi semakin liar, mula post video pula. Sehingga ada seorang pelanggan saya nak video full body saya dan dia berikan saya RM3,500 yang video itu tak sampai 10 saat pun. Saya memang seronok dapat duit banyak ketika itu.

Bertambah teruk lagi, apabila Tisya mendedahkan dia turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang melanggan akaun DS miliknya.

Jelasnya, dia telah menerima pendapatan bulanan yang begitu lumayan sehingga mencecah RM20,000 menerusi aktiviti tersebut.

Selepas dah seronok buat video, ada pelanggan yang minta saya buat service seks. Awalnya saya fikir dua tiga kali nak buat service itu, tapi sebab ada pengaruh daripada kawan yang kata saya akan dapat lagi banyak duit, jadi saya tak fikir panjang dah.

Saya ingat service biasa je, tapi bila sah terjerumus rupanya service itu luar biasa. Bila dah seronok saya buat pula satu channel lain untuk tarik pelanggan.

Mengejutkan lagi, channel tersebut ramai gila orang langgan dan saya dapat lagi banyak duit. Saya boleh dapat RM20,000 hanya dengan post gambar dan video.

Bagaimanapun, Tisya akhirnya berasa menyesal dengan perbuatannya selepas beberapa video lucah miliknya sampai kepada pengetahuan ibu dan bapanya.

Malah, dia mengakui jijik dengan perbuatannya dan menasihati agar golongan pelajar tidak terjebak dengan aktiviti kotor tersebut.

Sampai satu tahap betul-betul saya menyesal dan berhenti jual video selepas kantoi dengan ibu ayah saya.

Keluarga saya tak boleh terima apa yang saya buat sebab tindakan saya itu sangat jijik. Kantoi sebab ada saudara mara yang jumpa video yang jelas nampak muka saya. Mereka yang bagi pada ibu ayah saya.

Saya mengaku salah depan ibu ayah saya. Nasihat saya, kalau terdesak macam mana pun perlukan duit terutama pada pelajar janganlah terjebak dengan perkara macam ini, sebab langsung tak menguntungkan.

BACA:
Suami ‘baru’ anggap budak satu masalah, ibu kandung sanggup buang anak berumur 11 tahun
Wanita kantoi ambil makanan senyap-senyap lepas ‘cancel order’, buat muka tak bersalah lepas masa cekup
“Ayah sangat alim, tapi masa dia nazak, kami terkejut tengok keadaan dia, semua terbongkar lepas kawan lamanya ziarah”

Leave a Comment