Pelakon dan pelawak wanita berstatus janda bersuamikan pengkid, tular video di media sosial
Baru-baru ini kecoh seorang pelawak wanita dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang ‘pengkid’ dan dikatakan tidak segan silu berkongsi video-video di media sosial.
Ramai rakan artis pelik dengan sikap pelawak berstatus janda itu seakan melarikan diri daripada ramai orang.
Malah, sahabat baiknya juga pernah menyuarakan perkara sama mengapa pelawak itu selalu menghilangkan diri sehingga sukar dihubungi.
Sebelum ini, pelawak tersebut pernah meminta bantuan terutamanya kepada rakan artis selepas sukar untuk dapat job dan tiada pendapatan kerana jarang berlakon.
Terbaru, rupa-rupanya pelawak itu didakwa sudah pindah ke negeri lain dan tidak lagi tinggal di Kuala Lumpur kerana mengikut pengkid.
Pasangan sesama jenisnya itu juga tidak segan silu memanggilnya sebagai ‘wife’ dan perkara itu dikongsikan di media sosial.
Bagaimanapun, tidak didedahkan identiti pelawak berkenaan namun diharap segera bertaubat jika benar dakwaan tersebut.