Pelakon Ditahan Kerana Menyebabkan Kekasih Tercampak Keluar Dari Kereta

Pelakon Ditahan Kerana Menyebabkan Kekasih Tercampak Keluar Dari Kereta

Seorang pelakon ditahan kerana didapati memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, penumpang Perodua Myvi mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari kereta.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila suspek berusia 30 tahun yang menaiki Perodua Myvi memandu secara melulu dengan menukar lorong secara zig-zag.

“Suspek juga telah hilang kawalan sehingga melanggar sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu Myvi yang memandu secara melulu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun.

Kanak-Kanak Hanya Berlampin Pakai Buang Ditemui Di Tapak Tempat Letak Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *