Pelakon Keeper Shaolin Soccer ‘Dilenyapkan’ Daripada Carian Media China – “Kenapa Ya?”
Adakah anda ingat siapa pelakon Shaolin Soccer yang menjadi penjaga gol gantian yang membantu pasukan Shaolin Soccer menang dalam perlawanan akhir?
Semua maklumat mengenai Zhao Wei telah ‘dilenyapkan’ oleh pihak kerajaan China dimana namanya telah ‘dilupuskan’ oleh kerajaan China di semua platform. Selain dibuang dari carian Weibo dan media sosial di China, Zhao Wei turut diharamkan dari muncul di kaca TV.
Kerajaan China telah mengambil tindakan drastik terhadap hiburan dan penggunaan internet dalam beberapa minggu tersebut. Ini termasuklah arahan baharu yang dikeluarkan di mana penggunaan permainan dan hiburan dalam talian bagi kanak-kanak dihadkan.
Para peminat cuba menjejaki Zhao Wei di internet menerusi pelbagai platform carian seperti Tencent Video dan iQiyi namun tidak berhasil. Malah lebih memeranjatkan lagi ialah nama Zhao Wei dipadam daripada senarai pelakon bagi beberapa drama dan filem yang pernah dibintanginya.
Beberapa platform video mengesahkan mereka diminta untuk menyingkirkan karya-karya Zhao Wei dengan kadar segera. Walaupun tanpa alasan yang jelas, mereka terpaksa akur dengan arahan yang diberikan kepada mereka itu.
Susulan daripada kejadian itu, ramai warga siber yang membincangkan tentang kemungkinan Zhao Wei disingkirkan daripada carian media tempatan.
Dilaporkan seawal tahun 2001, bintang shaolin soccer itu menerima banyak kritikan kerana memakai pakaian yang memaparkan bendera tentera Jepun secara terbuka.
Selain dikenali sebagai pelakon, Zhao Wei juga merupakan pelabur bilionair yang terlibat dengan tindakan undang-undang. Sejumlah 67 orang pelabur menuntut pampasan kira-kira 50 juta Yuan daripadanya di atas isu ‘pengambilalihan yang mengelirukan’ pada tahun 2016. Kesan daripada itu, Zhao Wei dan suaminya diharamkan daripada memasuki pasaran sekuruti China selama lima tahun.
Menurut statistik pangkalan data korporat China, Zhao Wei mempunyai 14 buah syarikat. Dua daripada 14 syarikat tersebut telah dibatalkan pendaftarannya manakala empat buah syarikat lain telah dibatalkan lesennya. Selain itu, Zhao Wei juga berhadapan dengan risiko pembekuan saham syarikat.
Baca: Wanita Ini Cuak Terhidu Bau ‘Wangi’ Dekat Highway Pada Waktu Malam.. Rupa-Rupanya..