TerasMalaysia

Pelakon Nad Zainal Kritikal Di ICU, Mohon Doa Rakan-Rakan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelakon wanita terkenal dan kecil molek Nad Zainal dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.

Berita itu dikongsikan oleh rakan artis Ungku Ismail dalam muat naik ‘story’ di Instagram miliknya pada tengah hari tadi.

Beliau juga sempat meminta orang ramai untuk mendoakan agar Nad Zainal boleh sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusannya.

“Assalammualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahumma Aamiin. Allahu Yashfiiha. Allah Yashfiiha. Allahu Yashfiiha,” tulis muat naik ‘story’tersebut.

Sebelum itu, media melaporkan bahawa Nad dimasukkan ke hospital adalah kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.

Maklumat tersebut dimaklumkan menerusi rakannya, Aina Liza atau lebih dikenali sebagai Sherry Al-Hadad dalam satu kenyataan pada semalam

Leave a Comment