Pelakon popular yang memegang watak ‘King’ dalam KL Gangster meninggal dunia
Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri.
“Arwah meninggal dunia di rumahnya, ketika itu dia sedang bersarapan dan tiba-tiba sahaja jatuh.
“Kemudian anak lelakinya melakukan pemeriksaan dan memberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
“Apabila tiba di hospital, arwah disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Iman turut memaklumkan Ridzuan menghidap masalah jantung dan angin ahmar.
Pelakon itu juga dikatakan sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan akibat masalah kesihatannya itu.
Dalam pada itu, Iman memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
“Setakat ini kami pun belum dapat lagi kepastian punca kematian daripada pihak hospital.
“Jenazah akan diuruskan dan dikebumikan hari ini (Khamis),” jelasnya.
Sementara itu, arwah kali terakhir dilihat meraikan Aidilfitri bersama bekas isterinya, Didie Alias bersama anak-anaknya di sebuah resort di Melaka.
Untuk rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga degnan pelakon Didie pada 1991 namun bercerai pada 2002.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Allahyarham sejak itu tidak pernah berkahwin lagi.