TerasMalaysia

Pelancong “Berahi” Makan Burger Jalanan, Duduk Atas ‘Divider’ Pun Dapat Rasa Nikmat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelancong “Berahi” Makan Burger Jalanan, Duduk Atas ‘Divider’ Pun Dapat Rasa Nikmat

Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang seorang pelancong dari Australia yang berkongsi pengalamannya menikmati burger jalanan ketika berkunjung ke Kuala Lumpur mencuri perhatian ramai.

https://www.tiktok.com/@nictravelstt/video/7193140410439568667?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7179897932660098562

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @nicktravelstt, mat salih itu pergi ke sebuah gerai burger di Petaling Street dan kemudian memesan sebiji burger daging.

Mendengar perbualan ringkasnya bersama pemilik gerai burger yang dikenali sebagai Abang Boo’bo, dipercayai ia bukanlah kunjungan pertamanya ke gerai burger berkenaan.

Bukan sahaja peramah malah dia juga dilihat langsung tidak kekok untuk bersembang dengan peiaga di kedai tersebut.

Setelah burgernya siap dimasak, dia tanpa melengahkan masa terus duduk di tepi jalan untuk menikmati makanan itu ketika masih panas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen merasa bangga apabila pelancong berkenaan memuji kesedapan burger jalanan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat berseloroh mengatakan dia ‘terlalu Malaysia’ kerana selamba makan di burger atas batas simen.

Sumber

Baca : Buat Laporan Premis Dipecah Masuk, Pemilik Kedai Itu Sendiri Ditangkap Sebagai Suspek

Leave a Comment