Pelancong Indonesia Cari Ayam Dua Seringgit Di Malaysia Raih Perhatian Netizen
Siri animasi Upin Ipin bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Malaysia, malah ia juga terkenal di Indonesia dan mempunyai peminat yang banyak di sana menjadikan ia antara siri popular dalam kalangan rakyat Indonesia.
Bagi yang menonton kartun Upin Ipin pasti familiar dengan watak Mail yang suka berniaga, lebih-lebih lagi Ayam Goreng yang dijual dengan 2 RM1. Berikutan itu, seorang pengguna TikTok @sasa.nielsen telah berkongsi sebuah video dimana dia ke pasar malam di Malaysia untuk mencari ayam madu 2 seringgit seperti dalam siri Upin Ipin.
Dalam video tersebut, dia mengatakan bahawa ayam madu itu bukanlah berharga RM1 seperti dikatakan tetapi berharga RM5. Tambahnya dalam satu komen, dia mengatakan dia faham harga sudah berubah disebabkan faktor ekonomi semasa.
Malah, dia juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba makanan lain di pasar malam tersebut. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen terutama sekali rakyat Malaysia dan rata-rata netizen mengatakan bahawa sudah tiada ayam yang dijual dengan harga 2 seringgit.
Guru Maut Motorsikal Hilang Kawalan Langgar Besi Penghadang Jalan