TerasMalaysia

Pelanggan buat perangai masa berhibur, selamba tinggal najis atas sofa dalam bilik karaoke

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelanggan buat perangai masa berhibur, selamba tinggal najis atas sofa dalam bilik karaoke. Seorang pekerja berkongsi rakaman video penemuan najis di atas sofa dalam sebuah bilik pusat karaoke di tempatnya bekerja. Menerusi video tersebut, kejadian ini dipercayai berlaku di Johor.

Najis atas sofa

Menerusi video berdurasi 0:14 saat, lelaki tersebut menunjukkan keadaan bilik karaoke yang mempunyai dua mikrofon dan beberapa cawan di atas meja sebelum beralih kepada najis yang ditinggalkan di atas sofa baldu yang berwarna merah.

Dia kata special, aku ingatkan burger yang pelanggan tu tinggalkan. Rupanya bukan burger, tapi najis yang ditinggalkan. Kandungan ini mungkin tidak sesuai. Mungkin mahu mendapat perhatian anda untuk tidak mengambil sebarang laporan atau tindakan mengenai perkara ini.

Menjengah di ruangan komen, pelbagai andaian telah dibuat oleh netizen. Mereka terfikir punca mengapa pelaku tergamak melepaskan ‘hajat’ di atas sofa di bilik karaoke.

Pelanggan buat perangai masa berhibur, selamba tinggal najis atas sofa dalam bilik karaoke

Ini mesti sebab tarik lagu tinggi ni. Ini namanya enjoy menyanyi sampai terberak-berak. Serius la? Mabuk ke pelanggannya? Kalau ye pun nak tinggalkan ‘asam jawa’, letaklah dalam plastik asal dia.

Bagi menjawab persoalan netizen, lelaki berkenaan tampil menjelaskan bahawa najis tersebut merupakan najis haiwan (kucing).

Sebelum salah faham, saya perjelaskan ini najis kucing ye. Dah selesai.

Setakat ini, lelaki tersebut tidak menyatakan bagaimana kucing itu boleh terlepas atau dibenarkan masuk ke dalam pusat karaoke.

BACA:
Penjenayah jatuh cinta dengan mangsa yang dirompak, ada ‘plot twist’ disebalik kejadian
Budak 12 tahun kecanduan bau petrol, terpaksa berhenti sekolah dan tantrum bila tak dapat hidu
Masya Masyitah akhirnya jadi diri sendiri, ‘up’ foto tanpa tudung di Instagram

Leave a Comment