
Pelanggan terkejut dapat ‘topping special’ masa beli burger
Apabila kita lapar pada malam hari, burger adalah antara hidangan yang menjadi pilihan kerana gerai burger jalanan biasanya akan dibuka sehingga lewat malam.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelanggan terkejut dengan apa yang dijumpai di dalam burgernya telah mencuri tumpuan ramai.
Ia memang hal yang tak disangka apabila burger yang dibelinya terdapat topping yang ‘istimewa’.
Menurutnya, dengan reaksi yang terpaku, dia terkejut apabila membuka bungkusan burger tersebut dan mendapati ada sebuah stapler yang saiznya sebesar burger tersebut.
Entah dari mana datangnya, kemungkinan besar peniaga tersebut tidak perasan yang dia telah meletakkan stapler berkenaan bersama burger atas faktor keletihan ataupun ramai pelanggan.
Dipercayai stapler tersebut digunakan untuk mengepil resit pembayaran pada plastik untuk rujukan penghantar makanan.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi tersebut. Malah, ada juga yang meninggalkan komen usikan mereka.
Baca : Disebabkan hal tu, isteri simbah air panas di alat sulit suami