Pelanggan terkejut kena bayar RM69.55 untuk satu hidangan nasi padang, ini respon ‘owner’ kedai tersebut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelanggan terkejut kena bayar RM69.55 untuk satu hidangan nasi padang, ini respon ‘owner’ kedai tersebut. Seorang wanita merungut selepas dia membayar SG$20.30 (RM69.55) untuk nasi padang yang dibeli di sebuah kedai di Lapangan Terbang Changi kelmarin, lapor portal berita Stomp semalam.

Dia mengunjungi sebuah gerai di medan selera untuk makan tengah hari dan memesan nasi, sayur, rendang daging lembu dan sepotong ikan.

Wanita itu memberitahu Stomp: “Saya dikenakan harga mengejut SG$20.30.

“Dua kakitangan wanita menjelaskan bahawa hirisan ikan adalah barangan makanan laut pada harga SG$12 (RM41.11) yang saya tidak diberitahu terlebih dahulu. Saya menyemak semula papan tanda gerai itu dan tidak menemui sebarang petunjuk harga untuk makanan laut.

Pelanggan terkejut kena bayar RM69.55 untuk satu hidangan nasi padang, ini respon 'owner' kedai tersebut

“Saya berharap mereka dapat meningkatkan ketelusan harga makanan,” katanya.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Stomp, jurucakap kedai itu berkata, pihaknya telah berusaha untuk menyediakan pilihan makanan yang berkualiti kepada pengguna.

“Kami menyedari perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan penyewa kami untuk menambah baik papan menu dengan petunjuk harga yang lebih jelas.” katanya.

BACA:
Wanita luah rasa kecewa, terkilan ayam goreng yang di pesan ‘online’ bertukar menjadi ‘tuala’
Bengang anak berusia 3 tahun terberak dalam seluar, bapa gari dan sumbat dalam penjara sebagai pengajaran
Isteri terjah majlis kahwin suami lepas 2 tahun hilang tanpa berita, hampir ditumbuk dan dicekik

Leave a Comment