TerasMalaysia

Pelanggan terkejut nampak cacing bergerak dalam bungkusan ikan salmon, ramai luah rasa geli

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelanggan terkejut nampak cacing bergerak dalam bungkusan ikan salmon, ramai luah rasa geli. VIDEO seekor cacing hidup sedang bergerak di dalam bungkusan ikan salmon meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang wanita di aplikasi TikTok.

Menerusi video itu, seekor cacing dilihat masih hidup dan bergerak meskipun ia dibalut dengan plastik yang menutupi ikan berkenaan.

Menurut pelanggan yang dikenali sebagai Rachel Lyn, 34, dia menyedari kehadiran cacing itu ketika sedang membelek bungkusan salmon di sebuah pasar raya, baru-baru ini.

Dia yang jijik melihat cacing hidup terus meletakkan semula bungkusan berkenaan dan membatalkan hasrat untuk membeli ikan salmon.

Pelanggan terkejut nampak cacing bergerak dalam bungkusan ikan salmon, ramai luah rasa geli

Rachel dari Tasik Wylie di Carolina Selatan bukanlah pelanggan pertama yang menemui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya.

Carian menerusi Google turut memaparkan banyak artikel mengenai pengalaman serupa yang dilalui pelanggan lain sebelum ini.

BACA:
Nak nampak kaya depan peminat, rumah mewah pelakon dilelong jutaan ringgit untuk tutup hutang
Berang suami terlampau berkira soal anak, isteri nekad bakar pasangan dekat kandang lembu
Tiada sejarah atau darah ‘matsaleh’ dalam keluarga, ibu dedah punca macam mana anak lahir mata kelabu

Leave a Comment