Pelanggan Terkejut Roti Hotdog Restoran Terkenal Ada ‘Sesuatu’ – “Anak Dah Makan Separuh”
Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah ciapan memaparkan foto roti ‘hotdog’ dari sebuah restoran terkenal dipenuhi kulat telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Menerusi tangkap layar hantaran di Facebook, seorang pelanggan terkejut apabila mendapati roti yang dipesan berkulat seperti sudah beberapa minggu dimasak namun dipanaskan berulang kali.
Menurutnya lagi, dia enggan memanjangkan isu berkenaan walaupun roti berkulat itu sudah dimakan oleh anaknya hampir separuh.
Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan pihak restoran telah bertanggungjawab atas insiden tersebut dengan menggantikan dengan roti hot dog lain serta memberi voucher kepadanya.
Dalam pada itu, wanita itu berharap pekerja di mana-mana restoran makanan supaya lebih peka dengan perkara sebegini kerana bimbang dapat menjejaskan kesihatan pelanggan.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik dan ‘loya tekak’ melihat roti dipenuhi kulat itu.
Malah, ramai juga yang meluahkan rasa kecewa terhadap pihak restoran kerana sanggup menjual makanan yang sudah busuk dan berkulat.
Baca : Wanita Ini Terkedu Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Kuah Kari Selepas Habis Makan Roti Canai