Pelanggan terkejut tengok list harga di Festival Makanan, satu mangga asam boi boleh dapat dua nasi kandar.
Selain daripada banyaknya restoran dan gerai makanan, festival makanan juga kerap diadakan di pelbagai tempat di seluruh negara disebabkan sambutan meriah dari pelanggan.
Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai @AhmadAfiqAffand meluahkan perasaannya di laman X tentang festival makanan yang dianggapnya ‘cekik darah’.
Pelanggan sanggup beratur panjang untuk membeli makanan kegemaran mereka.
Menurut pengadu, beliau menghadiri festival tersebut dengan niat untuk memberi sokongan kepada peniaga Melayu, tetapi terkejut dengan harga makanan yang sangat tinggi.
“Pergi ke food festival dengan harapan untuk menyokong peniaga Melayu. Tetapi terkejut dengan harga masing-masing… rasa ‘trauma’ nak pergi food festival.
“Mangga asam boi RM20. Ayam goreng dua ketul RM18?” luahnya.
Ahmad Afiq menyatakan bahawa isu sewa tapak yang mahal tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh peniaga untuk menetapkan harga makanan secara sewenang-wenang.
“Isu sewa tapak mahal, kami tak perlu tahu pun rasanya… itu antara korang dengan penganjur.
“Bagi peniaga, kami hanyalah pengguna, sama ada B40, M40 atau T20. Isu sewa tapak mahal, kami tak perlu tahu pun rasanya. Itu antara korang dengan penganjur. Tapak mahal, deal. Bukan ambil kesempatan untuk menaikkan harga.
“Penganjur memerlukan korang untuk menjayakan acara. Lagi korang biasa kan, tak akan selesai. Kalau fikirkan sewa tapak mahal, kenapa tidak gunakan untuk promosi? Berbanding merosakkan imej jualan dengan menaikkan harga,” katanya lagi.
Dalam siri luahan itu, Ahmad Afiq juga memberi amaran kepada peniaga agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang datang untuk berbelanja di festival makanan.
“Aku percaya yang beratur panjang, sanggup bersesak, mencari tempat letak kereta jauh, semuanya dengan sukarela untuk mengeluarkan duit untuk membeli. Mereka yang sanggup membayar harga tinggi, mereka berharap makanan setimpal dengan harganya.
“Janganlah kita mengambil kesempatan. Mungkin boleh untung pada masa itu, tetapi adakah ia boleh berkekalan?” soalnya lagi.
Luahan di laman X itu telah mendapat lebih dari 3,100 ulasan dan juga mendapat pelbagai komen daripada netizen.
Beberapa netizen juga berkongsi pengalaman yang serupa yang pernah mereka alami sebelum ini.
“Baru beli rojak buah RM20 semalam. Beli juga sebab nenek teringin. Rasa dia tak sedap mana pun.
“Banana pancake yang sebenarnya roti pisang garing dengan topping Nutella yang sangat cair, harga RM14? Air balang cawan kurus yang penuh ais RM8?
“Terlalu mahal! Beli asam tiga jenis RM50 padahal beli sedikit-sedikit 100 gram, berapa la dia kira.
“Sedih. Habis dekat RM40 beli tiga benda je,” tulis beberapa netizen.
Pegi lah food festival ingatkan nak support peniaga melayu. Fuhh! Jadah yerr harga memasing. Mangga asam boii RM20? Ayam goreng 2 ketul RM18? Weii..
— Yoyong.Fendy 🔆 (@AhmadAfiqAffand) November 19, 2023