TerasMalaysia

Pelik dengan rasa makanan yang dipesan melalui aplikasi, lelaki ini tak senang duduk lepas tahu perkara sebenar

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pelik dengan rasa makanan yang dipesan melalui aplikasi, lelaki ini tak senang duduk lepas tahu perkara sebenar. Seorang lelaki meminta pendapat orang ramai selepas dia secara tidak sengaja makan makanan tidak halal yang dipesan melalui sebuah aplikasi perkhidmatan penghantar makanan.

Menerusi klip video yang dikongsi TikTok, lelaki itu mengakui kesilapannya kerana tidak memeriksa status makanan tersebut dengan teliti kerana terlalu lapar pada ketika itu.

“Pukul 1 pagi lapar, pesan makanan. Masa tengah makan pelik kenapa rasa macam lain. Macam tak biasa makan. Duduk fikir minyak apalah dia pakai,” katanya.

Amin kemudiannya memeriksa pesanannya dan terkejut apabila makanan itu dilabel tidak halal.

Pelik dengan rasa makanan yang dipesan melalui aplikasi, lelaki ini tak senang duduk lepas tahu perkara sebenar

“Lepastu aku pergilah periksa dekat aplikasi tu. Sekali aku pandang, teliti betul-betul, Ya Allah ‘non’ halal.

“Awak semua tolong bagi pendapat. Subhanallah, Allahuakbar. Aku ‘first time’ (pertama kali) ini. Aku terlepas pandang pasal kedai,” ujarnya.

Melalui ruangan kapsyen, Amin sempat berseloroh mahu menyamak ususnya kerana termakan makan yang dipesan itu.

“Nak samak usus ke macam mana,” katanya.

Rata-rata orang ramai berkongsi pandangan mengenai isu ini.

“Ya Allah, kesiannya awak. Istighfar banyak-banyak dan buat solat taubat minta ampun pada Allah kerana khilaf diri kita,” kata Umie.

@aminmahzunhq

nak samak usus ke cane ? 😭😭😭

♬ original sound – ambgallery🟢

“Tak sengaja tak apa. Dah tahu tak payah dah makan. Sabar sajalah Am. Dugaan mana-mana pun ada,” ujar Beydah Bolly.

BACA:

Kelam satu kampung nasi kenduri tak masak lepas 7 jam atas api, sampai panggil bomoh nak ‘settle’

Gara-gara mahu derma darah, pesakit HIV ‘kantoi’ tipu pihak hospital tentang aktiviti seksualnya

Hanya kerana satu komponen ini, kipas yang lama seakan baru, laju macam bilah helikopter

Leave a Comment