“Pelik Ni” – Pemuda Ini Makan Nasi Berlauk Muffin Menimbulkan Pelbagai Reaksi Netizen
Nasi campur ialah sejenis hidangan nasi dengan pelbagai lauk-pauk seperti daging, sayur-sayuran, kacang, telur dan keropok udang. Bergantung kepada tempat, lauk nasi campur boleh mencecah sehingga 100 jenis.
Lain pula ceritanya baru-baru ini tular sebuah video berkenaan seorang pemuda hairan melihat perangai pelik rakannya semasa sedang makan telah mencuri tumpuan netizen.
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang makan di sebuah kedai makan yang tidak dikenal pasti.
Namun, salah seorangnya merakam gelagat rakannya yang dilihat agak pelik semasa sedang menjamu selera.
Rakannya itu dilihat memakan nasi sambil mencubit roti muffin bersamanya. Perkara itu membuatkan pemuda itu merasa aneh melihatnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
“Dia ni memang rare x penah dibuat orang” -Netizen
Baca : Buat Laporan Premis Dipecah Masuk, Pemilik Kedai Itu Sendiri Ditangkap Sebagai Suspek