TerasMalaysia

Pemandu Grab ‘sound’ pelanggan hanya kerana tempahan yang dibuat jaraknya terlalu dekat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pemandu Grab ‘sound’ pelanggan hanya kerana tempahan yang dibuat jaraknya terlalu dekat. Sejak pengenalan servis e-hailing di Malaysia, ramai sedia maklum di mana bergerak ke sesebuah kawasan menjadi lebih mudah.

Semudah membuat pesanan melalui aplikasi dan bersetuju dengan harga yang tertera maka kereta e-hailing pun tiba untuk membawa penumpang ke destinasi yang ingin dituju.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang wanita meluahkan perasaan di Facebook di mana beliau ‘disekolahkan’ oleh pemandu e-hailing sendiri hanya kerana memesan dalam jarak yang dekat.

Difahamkan beliau membuat pesanan tersebut berikutan keadaan cuaca yang panas serta mahu menjimatkan masa untuk tiba ke destinasi. Sanggup membayar bagi destinasi tersebut antara sebut utama beliau memilih servis e-hailing walaupun jarak yang dekat.

Walau bagaimanapun, beliau mendapat respon yang berbeza daripada pemandu e-hailing apabila pemandu ini bertanyakan semula beliau sekiranya beliau mahu terus mengambil servis e-hailing dalam jarak yang dekat.

Pemandu Grab ‘sound’ pelanggan hanya kerana tempahan yang dibuat jaraknya terlalu dekat

‘Take an umbrella and do some exercise la’, respon pemandu e-hailing tersebut. Tindakan pemandu ini secara tidak langsung turut membuatkan beliau memilih untuk membatalkan perjalanan bersama pemandu tersebut.

Wanita ini turut berkongsi di Facebook dengan mendedahkan nama penuh serta nombor pendaftaran kereta e-hailing itu kepada orang ramai di mana beliau telah menerima respon yang berbeza di kalangan netizen.

Terdapat yang netizen yang bersetuju dengan pendapat pemandu e-hailing tersebut di mana jarak yang dekat lebih baik berjalan sahaja.

Tidak kurang juga yang membincangkan soal kos dan keuntungan di mana tidak berbaloi bagi pemandu e-hailing mendapatkan servis harga yang rendah hanya untuk perjalanan yang pendek.

Sementara itu, terdapat segelintir netizen yang bersetuju dengan pilihan wanita tersebut kerana beliau turut mengalami perkara yang sama berikutan membawa barangan yang banyak serta anak kecil.

Berikutan perkongsian wanita ini yang tular, Jensen Chong selaku pemandu e-hailing tersebut menerusi Facebook turut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wanita tersebut.

Jensen Chong turut mahu perkongsian wanita ini diturunkan dalam tempoh 24 jam dan sekiranya masih diturunkan, beliau sedia untuk membuat laporan polis serta serta menfailkan saman ekoran melanggar privasi Facebook beliau.

Difahamkan isu ini bukanlah suatu yang isu. Malah sudah berlarutan lama melibatkan pemandu dan juga penumpang e-hailing. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda bersetuju dengan pemilihan wanita ini untuk mengambil servis e-hailing dalam jarak yang pendek atau sebaliknya?

BACA:
”Tempat macam ni pun jadi” – Pasangan remaja ‘kantoi’ berduaan dekat kubur
Sarawak perkenal aplikasi ‘real time’ untuk pantau kehadiran buaya, siap boleh ‘detect’ kawasan bahaya
Baby Shima terima mesej berunsur lucah di Instagram, siap tunjuk gambar pelaku dekat netizen

Leave a Comment