Pemandu kelisa buat perangai lepas halang dan buat gangguan seksual dekat orang lain

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pemandu kelisa buat perangai lepas halang dan buat gangguan seksual dekat orang lain

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pemandu Perodua Kelisa mengundang kemarahan netizen apabila membuat gangguan seksual selepas tidak mahu mengalihkan kenderaan.

Dalam video yang dikongsikan semula oleh Twitter @MALAYSIAVIRALLL seorang pemandu Perodua Ativa merakam sebuah kereta Kelisa berada di belakangnya dan enggan berganjak walaupun sudah diminta alihkan kenderaan dengan cara baik.

Ketika wanita tersebut merakam tingkah laku pemandu Kelisa itu, dia segera bercakap dan mula membuat gangguan seksual melalui perbualan telefon.

Orang ramai marah melihat video itu, pemandu kelisa terbabit bukan sahaja mengganggu lalu-lintas, pada masa sama turut merendahkan maruah wanita seperti dirakam dalam video berkenaan.

Dalam satu video lain, beberapa orang awam berhampiran memberi bantuan dan meminta pemandu Kelisa meletakkan kereta di tempat lain.

Bagaimanapun kedengaran pemandu Kelisa itu menghadapi kesukaran untuk mengubah kenderaannya. Orang ramai tidak menolak pendapat pemandu lelaki itu mabuk ketika kejadian itu berlaku.

Sumber

Baca : Wanita pusing Malaysia naik Myvi, hanya bermodalkan RM500 ubahsuai kereta jadi campervan

Leave a Comment