Pemandu parkir kereta tengah jalan lepas tu selamba hisap rokok buat orang awam naik angin
Sikap segelintir pemandu yang tidak beradab ketika menggunakan jalan raya semakin menjadi-jadi apabila satu kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pelawak terkenal iaitu Harith Iskander di laman Twitter miliknya (@HarithIskander), video tersebut menunjukkan keadaan laluan di KLIA yang sedang sesak dengan kereta di ruangan mengambil penumpang.
Namun, kesesakan itu didakwa berpunca daripada tindakan seorang pemilik kereta jenis Bezza yang memarkir kenderaannya di tengah-tengah jalan.
Yang membuatkan ramai orang lebih ‘naik angin’ adalah apabila mengetahui pemandu kereta Bezza itu sedang menghisap rokok di kawasan larangan sambil melihat kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh keretanya berada di tengah jalan.
Orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana jika dibiarkan, akan ada lebih ramai individu tidak bertanggungjawab akan meniru perbuatan tersebut.
Tambah netizen lagi, orang Malaysia ‘terlalu baik’ sehingga tidak mahu membunyikan hon sebagai tanda kereta berkenaan bersalah sehingga menyusahkan pengguna laluan berkenaan.
Video berkenaan yang telah tular mendapat perhatian pihak lapangan terbangan itu sendiri dan mengambil maklum tentang perkara yang berlaku.
Pihak mereka memohon maaf atas kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kepada pengguna lain.
Tindakan pemandu berkenaan telah dilaporkan kepada pihak polis yang menjaga laluan trafik di KLIA.
Baca : Lelaki lunyai dibelasah kawan-kawan kerana tidak aktif dalam grup Whatsapp mereka