TerasMalaysia

Pemilik luah rasa kecewa, pelanggan selamba bayar murah lepas pesan ‘lobster king’, dakwa harga terlalu mahal

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pemilik luah rasa kecewa, pelanggan selamba bayar murah lepas pesan ‘lobster king’, dakwa harga terlalu mahal

Seorang pemilik restoran makanan laut di Sabah berang apabila pelanggannya bertindak untuk tidak mahu membayar makanan yang dipesan sejumlah RM1,102.20 dengan alasan terlalu mahal.

Menurut hantaran di Facebook restoran berkenaan, kejadian berlaku pada jam 9.30 malam 27 Ogos lalu. Tindakan tidak bertanggungjawab pelanggan terbabit menyebabkan mereka mengalami kerugian sebanyak ratusan ringgit.

“Keluarga ini makan di restoran kami dengan jumlah bil sebanyak RM1,102.20. Tetapi mereka enggan membuat pembayaran dengan alasan terlalu mahal. Mereka hanya membayar RM400 sahaja dan terus balik.

“Mohon keluarga ini tampil membayar baki bil selebihnya yang berjumlah RM702.20 dengan kadar segera,” katanya.

Difahamkan, pada malam kejadian, keluarga berkenaan memesan hidangan lobster king, sotong goreng, dua set ketam A, ikan kerapu Taiseng, nasi putih, jus tembikai, air kelapa dan teh tarikh.

Sehingga ke hari ini, keluarga berkenaan masih belum tampil melunaskan baki bil berkenaan.

Ekoran itu, pihak restoran tampil membuat laporan polis pada Sabtu di Balai Polis Tanjong Aru, untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, pihak restoran mendakwa pelanggan terbabit mengatakan bahawa mereka kekurangan wang dan hanya mempunyai wang tunai sebanyak RM500 sahaja.

Pelanggan turut menyalahkan kakitangan restoran yang menambahkan harga dan timbangan dengan sengaja. Sedangkan kakitangan restoran menegaskan dia telah menunjukkan harga pada pelanggan sebelum pesanan diambil.

“Pelanggan terus membuat pembayaran RM400 dan terus meninggalkan premis dengan baki bil berjumlah RM702.20,” katanya dalam laporan itu.

Sumber

Baca : Warga emas kaya ‘sekejap’ lepas jumpa beg berisi duit yang bernilai RM23,000 tepi parkir kereta

Leave a Comment