TerasMalaysia

Pemilik restoran bengang penduduk selamba parkir depan kedai, gara-gara nak elak bayar sewa sampai susahkan pelanggan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pemilik restoran bengang penduduk selamba parkir depan kedai, gara-gara nak elak bayar sewa sampai susahkan pelanggan

Segelintir penghuni kondominium pentingkan diri meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir berhadapan dengan sebuah restoran.

Menurut pemilik restoran tersebut, kawasan lapang berkenaan dikhaskan untuk pelanggannya dan pelanggan untuk sebuah lagi restoran bersebelahan.

Ujarnya, tindakan tidak bertanggungjawab penghuni kondominium tersebut yang mahu mengelak membayar caj parkir di kediaman mereka menyebabkan pelanggannya terpaksa memarkir kenderaan di tepi jalan sehingga mengundang risiko lain.

“Assalamualaikum… nak minta kerjasama sesiapa dalam grup ni yang kenal owner kereta ni. Ni semua yang duduk dekat kondo S***. Kondo ini baharu buat undang-undang baru iaitu parkir berbayar.

“Jadi insan-insan ini parking dekat kedai kami. Pagi tadi lagi penuh… customer saya datang tak ada parkir. Mereka kena parking dekat tepi-tepi (jalan)… bahaya.

“Minta tolong abang-abang, kakak-kakak. Kita tahu, parking dah kena bayar. Janganlah parking sini. Kesian customer saya, jauh kena jalan kaki,” luahnya di dalam video yang dikongsikan di laman TikTok.

Menurut pemilik restoran yang terletak di Kajang itu, dia pada mulanya bertolak ansur dengan situasi tersebut.

Namun disebabkan ada segelintir penghuni kondominium yang memarkir kereta untuk tempoh yang lama sehingga menyukarkan pelanggannya, dia terpaksa mengambil pendekatan untuk berkongsi perkara itu di media sosial.

Malah katanya, dia sudah meletakkan notis larangan di kawasan parkir berkenaan namun ia tidak berhasil.

“Saya buka kedai pukul 6 pagi, penuh dah kereta parking dekat sini. Ini sampai petang tak beralih-alih. Minta kerjasama ya owner owner yang duduk dekat S**.

“Ada yang saya tegur, mereka nak parking, saya minta keluar balik,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan simpati terhadap pemilik restoran berkenaan dan dalam masa yang sama memujinya kerana memberi teguran dalam nada yang sopan.

“Budimannya kau bang… kalau aku, dah beritahu majlis suruh towing.

“Terbaik bro… nasihat secara baik. Tak ada marah-marah,” komen netizen.

Di samping itu, ramai yang memberi cadangan kepada pemilik restoran berkenaan untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

“Buat papan tanda besar situ, bang. Ini parking untuk pelanggan restoran… parking haram akan dirantai atau kompaun.

“Kalau itu tanah persendirian, boleh minta majlis untuk towing. Biar mereka rasakan pula sebab pentingkan diri.

“Kereta mahal takkan tak mampu bayar parking bulanan kot,” komen netizen.

Baca : Satu kampung terkejut, penduduk jumpa buaya gergasi berhampiran sungai, siap tarik dan ikat bawa tepi tebing

Leave a Comment