Pemilik rumah tampal nota depan rumah sebab tak nak orang parkir dikecam penduduk
Sejak kebelakangan ini, isu rumah flat yang melakukan pengubah suaian melampau kerap dibangkitkan di media sosial.
Manakan tidak, renovasi melampau di bahagian luar rumah itu sebenarnya salah dan menganggu serta menyusahkan penduduk flat yang lain.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah rumah flat meletakkan sekeping nota pesanan di pintu pagar yang diubah suai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @norizabintihamin, kelihatan sekeping nota bertulis “Mohon jarakkan kereta dari pintu untuk elak calar terima kasih” diselitkan di pintu pagar.
Difahamkan, nota itu bertujuan agar penduduk yang ingin meletakkan kenderaan di kawasan tersebut tidak memarkir kereta terlalu rapat dengan pintu pagar yang diubah suai berkenaan.
Menurut Norizan, dia bersangka baik mengenai perkara tersebut namun pemilik rumah berkenaan juga harus sedar dimana kawasan yang didiaminya itu.
Menurut pemilik video, dia mengatakan nota tersebut bukanlah diletakkan oleh pemilik rumah flat berkenaan, sebaliknya ia dibuat oleh penyewa kediaman itu.
Perkongsian video tular tersebut ternyata mendapat perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan meletakkan nota dan pengubahsuaian yang dilakukan itu.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga meminta pemilik video untuk melakukan aduan kepada pihak berwajib agar tindakan dikenakan.