Pemilik tanggung rugi RM6,000 gara-gara penyewa tidak bertanggungjawab buat kotor dan cakna bayar sewa

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pemilik tanggung rugi RM6,000 gara-gara penyewa tidak bertanggungjawab buat kotor dan cakna bayar sewa.Tidak dinafikan rumah adalah satu aset yang bagus, agak menguntungkan jika aset itu dibuat sewa, bagaimanapun, lumrah dalam sebuah bisnes, pasti akan ada risiko tersendiri.

Antaranya adalah sikap penyewa yang dianggap seperti ‘dari neraka’, tuan rumah ini kerugian hampir RM 6,000 kerana ingin membuat kos penyelenggaraan rumah akibat perbuatan tak bertanggungjawab penyewa. Jijik betul bila melihat keadaan rumah tu.

Perkara ini dikongsikan oleh anak kepada tuan rumah sendiri, katanya rumah tersebut terletak di Taman Cempaka, Ipoh.

Jelasnya, rumah itu merupakan satu kawasan strategik kerana ada bermacam-macam kemudahan berhampiran dengan rumah itu. Jelasnya, kejadian seperti ini bukanlah sekali dua berlaku tetapi dah banyak kali terjadi.

“Dari sepatutnya raih pasif income tapi jadi sebaliknya.. kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api & air.. tambah lagi nak baik pulih kerosakan sudah cecah 6k (menyamai nilai sewaan selama setahun!!).”

Pemilik tanggung rugi RM6,000 gara-gara penyewa tidak bertanggungjawab buat kotor dan cakna bayar sewa

Katanya lagi, untuk menjana pendapatan daripada melakukan bisnes rumah sewa tidaklah semudah yang disangka. Jadi dia menyarankan agar melantik Real Estate Negotiator.

“Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat org lain.. Kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yg sedang dalam kesulitan.. Biarlah lebih bertegas.. jangan naif sgt.. nak masuk sewa rumah kena ikut law.”

Tambahnya, dibiarkan butiran penyewa terpampang buat tatapan ramai bagi memastikan kejadian seperti ini dapat dihindari dan seandainya terjadi lagi, sekurang-kkurangnya ada tindakan tegas yang boleh dibuat.

BACA:
Pihak tak bertanggungjawab buat perangai, selamba buat kebun dekat laluan joging awam, siap letak pagar tak bagi lalu
Wanita sarat mengandung cerita detik cemas, jatuh perigi ketika ingin menyidai kain dan terpaksa bersalin awal
Akibat bunyi muzik yang kuat dalam sebuah majlis kahwin, 63 ekor ayam milik penternak mati akibat sakit jantung

.

Leave a Comment