Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Kena Mengurat Dengan Auntie Raih Perhatian Netizen
Mengurat bermaksud suatu tindakan yang berupa perbuatan mahupun kata-kata yang cenderung ke arah mengajak seseorang wanita bagi menerima seseorang lelaki sebagai kekasih. Dalam erti kata yang lain, mengorat hanya akan diperlakukan oleh seseorang lelaki yang menginginkan seseorang wanita itu menjadi kekasihnya.
Dahulu, sering kita lihat kaum lelaki mengurat kaum wanita. Namun, di zaman sekarang, bukan hanya lelaki saja memulakan langkah tetapi bagi kaum wanita juga.
Ramai sebenarnya diluar sana yang mengambil langkah berani untuk mengurat lelaki yang diminati mereka. Tak salah pun sebenarnya. Itu semua atas keberanian diri masing-masing.
Agak berbeza dengan video di TikTok ini apabila seorang pemuda berkongsi situasi semasa dia kena mengurat dengan seorang auntie telah menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu pemuda berkenaan sedang duduk seorang diri di tepi jalan.
Namun, tiba-tiba muncul seorang auntie yang kemudian berhenti di depannya dan menanyakan beberapa soalan. Antara soalannya adalah “awak sudah kahwin ke?, umur berapa, seorang saja ke di sini”.
Pertanyaan itu ternyata telah membuatkan pemuda itu seperti terkedu dan hanya menjawab saja semua pertanyaannya.
“Hahaha bertubi-tubi soalan dia, betul nak berkenalan tu” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan menyifatkan dia memang nak berkenalan dengan pemuda itu kerana bertanyakan soalan tanpa henti.
Baca : Gadis Ini Nak Cuba Ikut Trend Healing, Tapi Apa Yang Jadi Buat Netizen Terhibur