Pemuda Ini Suara Macam Cakra Khan, Tapi Komen Netizen Bikin Dekah
Cakra Konta Paryaman atau yang lebih akrab dikenal sebagai Cakra Khan merupakan penyanyi Indonesia. Beliau selalu datang membuat konsert di Malaysia dan mendapat sambutan hangat menerusi beberapa lagi lagunya yang menjadi kegemaran ramai.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang pemuda yang menyanyi di pentas bersama artis itu memiliki suara persis Cakra Khan telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian video daripada @apizzhassan, kelihatan Cakra Khan sedang membuat persembahan di sebuah universiti di Sarawak.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila seorang pemuda dipanggil ke atas pentas untuk menyanyi bersamanya. Sebaik saja dia membuka mulut, Cakra Khan dilihat tergamam apabila mendengar suara pemuda itu persis sepertinya.
Para penonton terus bersorak apabila mendengar dia menyanyikan lagu Kekasih Bayangan. Difahamkan, Cakra Khan merupakan idolanya sejak dulu lagi.
“mereka berkongsi cakra yang sama” – Netizen
Rata-rata netizen turut terpukau dan memberikan pujian selepas mendengar suara pemuda yang bernama Bob itu.
Baca :Â Dato’ Siti Nurhaliza Buat Ramai Terpukau Di Konsert AR Rahman