Pemuda jumpa botol yang berisi gambar dan beras dekat bongkah batu, ramai buat spekulasi tentangnya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pemuda jumpa botol yang berisi gambar dan beras dekat bongkah batu, ramai buat spekulasi tentangnya. DI sebalik arus kemodenan, masih ada individu di negara ini yang percaya akan perkara tahyul dan khurafat.

Malah, ada yang sanggup berjumpa dengan bomoh untuk merawat penyakit dan mencapai hajat tertentu walaupun terpaksa mengeluarkan belanja besar.

Terbaharu, seorang individu memuat naik video, memaparkan sebiji botol kaca misteri yang ditemuinya di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Botol yang terselit di celah bongkah batu itu turut mengandungi sekeping foto lelaki, dipercayai mangsa perbuatan khurafat.

“Sumpahan apa ni guys? Ada gambar orang dengan beras dalam botol tu,” tulis Ayupy12 menerusi TikTok.

Video yang dikongsi oleh pemuda berkenaan meraih 1.6 juta tontonan dalam tempoh sehari.

Ada yang komen, kata dia disihir isteri agar mendengar cakap tapi lelaki itu dah meninggal 2013.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut membuat pelbagai spekulasi mengenai penemuan misteri berkenaan.

“Ada dua kemungkinan je. Pecah botol tu dia bebas. Atau pecah botol tu, dia habis (mati).

“Keluarkan gambar daripada botol tu. Kesian dia.

“Ramai suruh buka. Hanya orang tertentu saja boleh buka. Kalau kita buka pun tiada fungsi sebab gambar tu telah dijampi.

“Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu. Beras kan makanan, ibarat rezeki,” tulis beberapa netizen membuat andaian.

Dalam pada itu, beberapa pelayar TikTok mendakwa lelaki dalam gambar berkenaan merupakan mangsa kepada isterinya sendiri dan telah meninggal beberapa tahun lalu.

“Ada yang komen, kata dia disihir isteri agar mendengar cakap tapi lelaki itu dah meninggal 2013,” tulis seorang individu.

Perkongsian berkenaan turut membuka topik tentang trend individu masa kini yang terlalu gemar berkongsi foto peribadi di media sosial.

“Itulah bahaya kongsi gambar di media sosial. Kita tak tahu ada orang dengki, lepas tu ambil gambar kita.

“Ada lagi mansia zaman sekarang buat perkara macam tu,” tulis netizen lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan khurafat seperti mendapatkan khidmat bomoh dan sihir ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

@ayupy12 Sumpahan apa ka ni guys. Ada gambar orang dgn beras dlm botol tu #fyp ♬ original sound – Ejai_Aziz

BACA:
Anak sakan belanja kawan susah dekat sekolah guna duit untung berniaga, dapat tahu lepas 3 hari hilang
“Daddy, itu hantu ke?” – Kelakuan anak jadi pelik lepas bawa bantal berbentuk dari rumah nenek
Setelah 16 tahun berlalu, pelaku penganiayaan Nurin Jazlin masih bebas, walaupun dibantu pihak ‘luar’

Leave a Comment