Pemuda ‘kantoikan’ taktik sindiket wanita Arab ini, kena tipu hidup-hidup!
Majoriti orang Malaysia mempunyai satu sifat semula jadi yang terpuji, iaitu pemurah. Setiap kali ada pihak memerlukan pertolongan, pasti ada bantuan diberikan tanpa soal selidik lebih lanjut dibuat terlebih dahulu.
Baru-baru ini seorang pemuda mendedahkan terdapat satu sindiket peminta sedekah aktif di sekitar Jalan Bukit Bintang. Perkara itu dikongsikan melalui TikTok @hazimnazril yang mana beliau dan rakannya didatangi oleh seorang wanita Arab meminta sedekah sambil menyatakan dirinya kelaparan.
Jadi beliau pun belanja wanita tersebut Shawarma, namun wanita itu tetap memintanya wang. Oleh kerana berasa kesian, sedikit wang diberikan kepada wanita terbabit.
Bagaimanapun, seorang pekerja Shawarma menghampiri mereka dan memberitahu bahawa wanita terbabit merupakan salah seorang ahli sindiket peminta sedekah.
Lebih mengejutkan mereka lagi, apabila pekerja Shawarma itu mendedahkan dia kerap melihat wanita Arab itu diambil oleh ‘seseorang’ yang membawanya naik Ferrari di sekitar kawasan tersebut pada waktu malam.
Perkongsian video itu telah mendapat perhatian netizen lain. Ramai mendakwa mereka pernah terjumpa dengan wanita Arab seperti itu di tempat lain. Ada yang pernah terjumpa di sekitar ibu kota Melaka.
Nyata orang ramai lagi, wanita Arab sambil membawa ahli keluarga itu didakwa memarahi orang ramai yang enggan memberi wang untuk bayar makanan yang mereka tempah.





Netizen meminta agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket peminta sedekah yang sedang berleluasa di merata-rata tempat.
Tambah orang ramai lagi, gara-gara peminta sedekah seperti ini membuatkan mereka berasa kurang selamat untuk keluar berjalan di tempat-tempat awam kerana bimbang akan menjadi ‘mangsa’ sindiket terbabit.
Dalam pada itu, warganet mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pekerja Shawarma itu yang mendedahkan taktik yang dilakukan oleh wanita Arab terbabit. Jadi orang ramai lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan warga Arab yang datang meminta bantuan