TerasMalaysia

Pemuda menyesal seumur hidup, disahkan lumpuh gara-gara main telefon dan duduk terlalu lama ketika buang air besar

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pemuda menyesal seumur hidup, disahkan lumpuh gara-gara main telefon dan duduk terlalu lama ketika buang air besar.

Baik lelaki atau perempuan, segelintir daripada kita mungkin mempunyai tabiat suka ‘bertapa’ lama ketika membuang air besar. Ditambah pula dengan membawa telefon, terkadang sampai tak sedar sudah puluhan minit dihabiskan dalam ruangan tandas. Pun begitu, kisah di bawah ini pastinya bakal menjadi peringatan untuk kita semua.

Lumpuh selepas duduk terlalu lama di tandas

Seorang pemuda berusia 24 tahun dilaporkan mengalami lumpuh lantaran tindakan duduk bermain telefon terlalu lama dalam tandas. Hampir 30 minit berlalu, keluarganya pelik mengapa dia masih belum keluar dari situ. Setelah diperiksa, pemuda ini didapati sudah terbaring atas lantai tandas dalam keadaan tak sedarkan diri.

Ruangan tandas juga agak sempit menyebabkan kekurangan aliran oksigen

Pemuda menyesal seumur hidup, disahkan lumpuh gara-gara main telefon dan duduk  terlalu lama ketika buang air besar


Bergegas dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut, namun semuanya sudah terlambat. Akibat berada dalam posisi sama terlalu lama, maka sirkulasi (peredaran) dalam badannya menjadi terhad. Apabila tiba-tiba berdiri, risiko dia mengalami kekurangan oksigen dalam otak semakin tinggi.

Perlu fokus ketika buang air besar…Usah ambil masa terlalu lama


Tidak pernah mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan, kini nasib pemuda itu berubah sekelip mata. Jelas doktor pakar sendiri, seseorang yang tidak fokus ketika membuang air besar cenderung mengalami sembelit atau buasir ekoran rektum perlu ‘bekerja’ lebih keras. Justeru sebaik-baiknya, anda dinasihati untuk tidak melakukan aktiviti lain ketika membuang hajat. Memadai ambil masa sekitar 10-15 minit sahaja.

BACA:
Lelaki jumpa surat wasiat kawan, terkejut dapat tahu didera bekas isteri, diberi bangkai ikan dan kencing dalam baldi
Berang anak didenda kerana tak hadir solat berjemaah, ibu bapa saman cikgu RM15,000
Pasangan suami isteri guna motorhome pusing semenanjung Malaysia, tak perlu modal yang banyak dan sangat unik

Leave a Comment