TerasMalaysia

Penceramah Bebas Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak 5 Tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Seorang penceramah bebas berdepan tiga pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Penceramah lakukan amang seksual

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh yang berusia 61 tahun itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu antara 4 hingga 6 Mac lalu. Difahamkan, mangsa merupakan ahli keluarganya sendiri.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 20 Disember depan. Selain itu, tertuduh juga tak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung selain perlu melapor diri ke balai polis berhampiran.

Kes dibicara mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Leave a Comment