
Pencuri Bangun Tidur Tersenyum Ketika Ditangkap, Polis Nyanyi Lagu Happy Birthday
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa anggota polis menyanyikan lagu Happy Birthday
Berdasarkan rakaman, beberapa anggota polis yang berada di lokasi tempat seorang penjenayah bersembunyi memberikan ‘kejutan’ ketika membangunkan suspek.
Lelaki itu kelihatan masih keliru ketika dia dikejutkan dan ditahan oleh beberapa anggota polis yang menyamar dengan berpakaian seperti orang awam.
Suspek dilihat tersenyum apabila polis menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadanya.
Berdasarkan kapsyen hantaran tersebut, lelaki itu merupakan suspek kes kecurian besi, manakala tangkapan dibuat di sebuah kafe siber di Sumatera Selatan.
Baca : ’tabik spring!’ Wanita ini sanggup tak keluar dari runtuhan bangunan hanya sebab tidak menutup aurat