Penduduk bengang tengok jiran, selamba bela 7 ekor lembu dekat balkoni flat tingkat 5

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Penduduk bengang tengok jiran, selamba bela 7 ekor lembu dekat balkoni flat tingkat 5. Penghuni tingkat lima sebuah bangunan flat di China mengejutkan jiran-jiran kerana memelihara lembu di balkoni rumahnya, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP) semalam.

Video memaparkan tujuh ekor anak lembu sedang makan di balkoni bangunan kediaman di wilayah Sichuan, barat daya China itu tular dalam aplikasi Douyin.

Penghuni rumah berkata, lembu-lembu peliharaan itu berada di balkoni rumahnya hanya sehari kerana jiran-jiran mengadu kepada pihak berkuasa ekoran tidak tahan bau busuk.

Lembu-lembu itu telah dialihkan oleh pegawai pengurusan bandar pada 14 Julai lalu.

Setiausaha komuniti setempat, Zhang Dayou memberitahu, anak-anak lembu itu mempunyai berat antara 10 kilogram hingga 20 kilogram.

Penduduk bengang tengok jiran, selamba bela 7 ekor lembu dekat balkoni flat tingkat 5

Tindakan penghuni rumah itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sekurang-kurangnya ia membuktikan bahawa bangunan itu berkualiti tinggi,” kata seorang netizen.

“Anak lembu yang malang, dihimpit di balkoni begitu kecil,” kata netizen lain.

BACA:
Ketua polis negara dedah punca kenapa Sanusi ditangkap pada pukul 3 pagi
“Aku ikut kawan aku pergi berubat, aku tak sangka itulah kenangan pahit dan manis yang aku ingat sampai mati”
Sudah 2 tahun kahwin tapi masih dara, wanita dedah suami tak lepas ‘masuk’ dan sering mimpi bersama orang lain

Leave a Comment