Penduduk berang lelaki tak dikenali tulis perkataan hina islam dekat tembok masjid guna cat merah
Satu video yang dimuat naik Penduduk Sungai Petani pada Rabu memaparkan lelaki yang tidak diketahui identitinya menconteng tembok masjid dengan perkataan tidak senonoh menggunakan cat merah.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok dan dirakam oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Dalam video berdurasi kurang seminit itu memaparkan seorang lelaki berbaju kelabu dan berseluar pendek itu terus beredar daripada tempat berkenaan selepas menyedari tindakannya menconteng tembok masjid itu dirakam slot gacor.
Individu yang merakam kejadian tersebut turut kedengaran memanggil lelaki berkenaan untuk menyuruhnya berhenti namun tidak diendahkan.
Lebih menyakitkan hati, lelaki berkenaan menulis perkataan yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
Perakam yang tidak diketahui identiti itu turut menegurnya ‘hoi’ beberapa kali, namun tidak diendahkan.
Dalam pada itu, orang ramai mengecam perbuatan tersebut sekali gus berharap lelaki tersebut diambil tindakan undang-undang.
Bagaimanapun tinjauan pada tengah hari ini mendapati pihak pengurusan masjid berkenaan telah mengecat semula pagar terbabit bagi menutup tulisan itu selepas laporan polis dibuat.