Penduduk Flat Berang Jiran Pasang Pagar Dekat Laluan Utama Siap Tampal Nota Lagi

Penduduk Flat Berang Jiran Pasang Pagar Dekat Laluan Utama – Siap Tampal Nota Lagi

Hidup berjiran sudah pastinya menuntut kita menjaga ketenteraman dan keharmonian antara satu sama lain. Ini termasuklah bertolak ansur dan saling bantu-membantu apabila tinggal dalam kejiranan.

Tapi siapa yang tak panas hati dengan sikap penghuni lain yang sering melakukan sesuatu yang menyakitkan hati, ibarat ‘jiran dari neraka’. Rasa nak marah, tapi kena sabar. Tapi awas jangan sampai jadi bom jangka, bila-bila masa boleh meletup dek perangai jiran yang sangat menjengkelkan.

Hal ini kerana, anda tinggal di dalam satu bangunan besar yang sama dengan orang lain dan perlu meminta izin pengurusan terlebih dahulu sebelum renovate sesuatu. Tambahan lagi, rumah flat sangat berdekatan dengan jiran-jiran. Jadi, perlu memikirkan persekitaran kawasan juga.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah rumah dengan selamba membina gril di kawasan rumahnya telah mencetus kemarahan ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu semasa itu sedang berada di kawasan flat perumahan yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Dapat dilihat, sebuah rumah di aras berkenaan telah membina pagar di sekitar kawasan rumahnya sehingga tertutup.

Malah, dia juga ada menulis nota untuk melalui laluan utama di depan untuk sebarang urusan.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan mengecam tindakan penduduk itu.

“Kena report majlis, kaki lima bukan hak peribadi” – Netizen

Sumber

Baca : Kecewa Cikgu Bila Jawapan Anak Murid Ini Seolah-Olah ‘Menganjing’ Dan Tak Menghormati Masa Jawab Peperiksaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *