TerasMalaysia

Penduduk kampung cat kubur elak rasa seram orang ramai, ambil masa setengah bulan nak ‘settle’

Penduduk kampung cat kubur elak rasa seram orang ramai, ambil masa setengah bulan nak ‘settle’. UMPAMA taman kanak-kanak.

Kawasan perkuburan di Kramat Jati, Daerah Malang, Indonesia, menjadi tular selepas binaan atas kubur dan batu nisannya dicat dengan pelbagai warna.

Ia dikatakan bagi mengelakkan perasaan seram apabila berada di sekitar kawasan tersebut.

Penduduk kampung cat kubur elak rasa seram orang ramai, ambil masa setengah bulan nak ‘settle’

Menurut penjaga tapak perkuburan tersebut, Jatiguwi Tukiman, 58, pengecatan batu nisan yang dilakukan bermula Ramadan 2023 lalu bertujuan untuk menghilangkan rasa seram di kawasan berkenaan.

“Awal Ramadan lalu dicat di bawah Program Desa Jatiguwi.

“Prosesnya memakan masa hampir 15 hari,” ujarnya.

BACA:
Akibat penampakan objek ‘pelik’ di tenggara Turkiye, semua penerbangan tertangguh selama 12 jam
Suami kantoi langgan pelacur, bekas isteri penyanyi popular nekad buka purdah selepas 5 tahun demi sara anak
Selain untuk membersihkan gigi, rupanya ubat gigi boleh digunakan untuk tujuan lain

Leave a Comment