TerasMalaysia

Penduduk Turkiye Cerita Macam Mana Mereka Menghadapi Masa Gempa Bumi Terjadi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Penduduk Turkiye Cerita Macam Mana Mereka Menghadapi Masa Gempa Bumi Terjadi

“Saya seperti dilahirkan semula… Terima kasih Tuhan.” Demikian kata salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Selatan Turkiye dan Utara Syria pada Isnin.

Situasi getir berlaku di Turkiye dan Syria ketika ini disebabkan gempa bumi kuat yang berlaku sekitar jam 4.17 pagi tadi waktu tempatan.

Pengerusi pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) cawangan Turkiye, Mohammad Khatib berkata setakat ini, bencana alam itu meragut nyawa sekurang-kurangnya 284 mangsa selain mencederakan ribuan mangsa lain.

“Kebanyakan mangsa menyangka dunia sudah kiamat. Lebih menyedihkan apabila ramai kanak-kanak terkorban akibat ditimpa runtuhan kediaman masing-masing. Mereka tidak sempat lari menyelamatkan diri berikutan sedang tidur ketika itu.

“Gempa bumi ini menyebabkan kerosakan teruk kepada kediaman dan bangunan membabitkan Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis,” katanya.

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan pula berkata, pihaknya akan segera bertindak dengan melakukan misi kemanusiaan selain memaklumkan bahawa suhu di bawah paras beku – 5 darjah celcius di lokasi menyebabkan lagi kesukaran kepada mangsa terlibat.

“Setakat ini dilaporkan 1,710 bangunan dan kediaman musnah dalam bencana alam terbesar itu. Malah angka korban dijangka terus meningkat berikutan kejadian gempa bumi susulan 7.2 skala Richter yang dilaporkan berlaku di Malatya, Turkiye.

“Setakat ini wakil MCM di Turkiye sudah berada di lokasi kejadian bagi menyertai usaha mencari dan menyelamat. Keberadaan mereka sebagai usaha awal MCM menyampaikan bantuan secepat mungkin selain menyalurkan maklumat tepat lagi cepat,” ujarnya.

Sumber

Baca : Kanak-Kanak Ini Melecur Teruk Di Tangan Terkena Percikan Bunga Api

Leave a Comment