TerasMalaysia

Pengantin hidang Mcdonald’s untuk hidangan majlis, pesan 300 biji burger dan nuget untuk tetamu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pengantin hidang Mcdonald’s untuk hidangan majlis, pesan 300 biji burger dan nuget untuk tetamu.

Sepasang pengantin baharu di Paris mengundang perhatian netizen kerana menghidangkan hidangan McDonald’s kepada tetamu majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita LadBible semalam.

Thomas Billaudeau, 27, dan isterinya, Ophelie, 25, membuat kejutan dengan menolak hidangan mahal yang kebiasaannya terdapat dalam majlis perkahwinan.

Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan pengantin itu berucap di hadapan tetamu dan mengarahkan orang ramai melihat ke belakang dewan.

Seorang penghantar makanan kemudian masuk sambil membawa beg-beg kertas mengandungi hidangan makanan segera itu sambil disambut sorakan tetamu.

Menurut portal berita MailOnline, Thomas dan Ophelie menghidangkan 300 biji burger bersama hidangan gulung (wrap) dan nuget untuk tetamu mereka.

Pengantin hidang Mcdonald's untuk hidangan majlis, pesan 300 biji burger dan nuget untuk tetamu

Hantaran itu tular dan menerima pelbagai komen dengan ada netizen mengecam mereka, namun sebilangan lagi mempertahankan perbuatan tersebut.

“Saya pulang dulu,” kata seorang netizen yang membantah hidangan tersebut.

“Akhirnya, orang boleh mengadakan majlis perkahwinan yang mereka mahukan tanpa perlu berhutang untuk menunjuk-nunjuk. Asalkan mereka bahagia,” kata netizen lain.

Sementara itu, Ophelie ketika dihubungi akhbar Le Parisien berkata, dia merupakan seorang yang cerewet dalam makanan justeru, McDonald’s adalah pilihan berpatutan untuk hidangan menarik.

@nypost

Newlyweds are called ‘cheap’ for serving guests McDonald’s at their wedding.

♬ original sound – New York Post | News – New York Post | News

BACA:

Tuduhan tak berasas dan menjatuhkan maruah, Ammar Nazhan minta pihak tak bertanggungjawab tampil tunjuk muka
Youtuber ‘kentang goreng’ buat onar, selamba tinggal serumah dengan bukan muhrim dan buat bising sampai kacau jiran
Gara-gara merajuk telefon pintar miliknya dirampas, budak lelaki berusia 10 tahun ‘healing’ pandu kereta sejauh 300 kilometer

Leave a Comment