Pengantin perempuan mengamuk dekat balai polis minta dikahwinkan kali kedua dengan kekasih

Pengantin perempuan mengamuk dekat balai polis minta dikahwinkan kali kedua dengan kekasih

Tular di media sosial dan menunjukkan seorang pengantin perempuan yang baru berkahwin dilihat membuat kecoh di dalam sebuah balai polis dan menuntut untuk mengahwini kekasihnya.

Kejadian tersebut berlaku selepas pengantin perempuan yang baru berkahwin tiba di sebuah balai polis di India bagi mendapatkan kebenaran untuk berkahwin dengan kekasihnya.

“Saya akan melakukan dua perkahwinan,” katanya.

Ketika kejadian, pengantin perempuan itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Dia juga melemparkan kertas dan telefon bimbit, manakala seorang konstabel wanita di situ cuba mengawalnya.

Bagaimanapun, pengantin perempuan yang memakai sari berwarna merah dan keemasan itu kemudiannya diseret ke dalam sebuah bilik oleh salah seorang konstabel wanita.

Sementara itu, segelintir netizen menyebelahi pengantin perempuan dan menyalahkan keluarganya kerana memaksanya berkahwin.

Sumber

Baca : Dengan campuran bahan ‘misteri’ sayur yang layu jadi segar kembali bak bunga mekar

Leave a Comment