TerasMalaysia

Video Live Berunsur ‘Satanic’ Dikecam Ramai, Takut Pengaruh Budak Bawah Umur

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Video Live Berunsur ‘Satanic’ Dikecam Ramai, Takut Pengaruh Budak Bawah Umur

Aplikasi TikTok boleh dikatakan sebagai platform media sosial yang popular masa kini. Namun adakah ia selamat untuk kanak-kanak atau sebaliknya?

Ada video yang tidak masuk akal. Bahkan, terdapat juga video dengan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan.

Baru-baru ini viral di laman media sosial Tiktok mengenai satu akaun memaparkan kandungan berbentuk syirik. Akaun Tiktok yang dikenali sebagai ‘WeAreTheCleansing’ tersebut memaparkan video live di mana seorang lelaki memakai pakaian seperti ‘syaitan’ dan memegang buku yang mempunyai bacaan mantera.

Apa yang merisaukan adalah, kandungan live sebegini boleh juga ditonton oleh kanak-kanak yang berpotensi untuk terpengaruh dan dirasuk oleh bacaan mantera tersebut. Bukan itu sahaja, ini menjadi pengaruh yang buruk untuk kanak-kanak yang mudah terpesong dan mempercayai amalan tersebut, tidak ketinggalan orang dewasa juga.

Ada komen orang ramai yang mengatakan bahawa ini hanyalah video untuk mempromosikan satu kumpulan black metal dari United Kingdom, namun tidak pasti kesahihannya. Semoga ibu bapa yang telah membiasakan anak-anak dengan media sosial dapat memantau kandungan yang ditonton oleh mereka.

Sumber

Viral Video “Ayam”; Dihantar Ke Kapal Offshore, “Lepas tu balik rumah bawak penyakit”

Leave a Comment